[caption id="attachment_957" align="alignright" width="300"] Jalan Baru dari Bancah ke Solok[/caption] Kami bertanya kepada kawan kami yang baru balik dari kampung perihal kembang api, apakah masih dimainkan oleh anak-anak di kampung kita. Kata kawan kami ini masih, bahkan sekarang kembang api yang ditembakkan ke awang-awang (udara) yang menjadi kegemaran mereka. Sangat keras bunyi letusannya, memekak dibuatnya. “Bagaimana pula dengan malam takbiran engku..?” tanya kami penasaran. Sambil tersenyum sedih dia menjawab “Tidak begitu ramai engku, takbiran selepas Isya di surau, sesudah itu habis perkara. Orang-orang kembali ke rumah mereka, kami tak tahu apa yang terjadi selepas itu. Namun yang jelas kampung kita cukup lengang ketika malam takbiran…” "Tak adakah kanak-kanak yang bermain tabuah sambil bagaritiak engku?" tanya kami penasaran. "Hm.. mungkin ada pada beberapa surau. Kami tak pula begitu memperhatikan engku, sebab sibuk menata ...
Nan Kuriak Kundi, Nan Sirah Sago, Nan Baiak Budi, Nan Indah Baso